Malaysia-Brunei setuju pertingkat kerjasama dua hala

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Hubungan dua hala Malaysia dan Brunei Darussalam akan terus diperkukuhkan dan diperluas dalam pelbagai bidang kerjasama termasuk menerusi lawatan kerja lebih kerap antara kedua-dua pihak.


Persetujuan meningkatkan lagi kerjasama dua hala itu dicapai ketika pertemuan sempena kunjungan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II, Brunei Darussalam, Datuk Seri Setia Erywan Pehin Datu Pekerma Jaya Mohd Yusof ke atas Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, di sini, hari ini.


Selepas menerima kunjungan tersebut, Saifuddin memberitahu bahawa dalam pertemuan itu mereka turut bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.


“Kami  berpuas hati dengan hubungan dua hala yang baik antara Malaysia dan Brunei Darussalam,” katanya.


Menurutnya, rundingan tahunan pemimpin antara Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, dijadual diadakan akhir tahun ini. – Bernama

 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]