MRCA sedia hadapi SST

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA) memberikan sokongan kepada pihak kerajaan dalam melaksanakan kembali Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 September ini menggantikan cukai barang dan perkhidmatan (GST).


Presidennya, Datuk Seri Garry Chua berkata, langkah kerajaan itu akan menyaksikan banyak harga barang yang akan turun termasuklah pihaknya menjangkakan penurunan harga rumah.


“Kita akan sokong kerajaan dalam pelaksanaan SST ini. Bagaimanapun kita harap agar pihak kerajaan akan memberi penjelasan dan bimbingan lanjut kepada pemain industri.


“Tiga sektor yang akan bekerjasama dengan kerajaan iaitu perkhidmatan, pengilangan dan import. Bila mereka (tiga sektor berkenaan) turun harga, kita pun akan turun harga,” katanya selepas Program Pembukaan Malaysia International Retail Franchise di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, tadi.


[ARTIKEL BERKAITAN: Tun M pertahan SST]


[ARTIKEL BERKAITAN: GST mansuh, SST kembali]


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]