Najib pertama kali berucap sebagai pembangkang

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Selepas enam hari persidangan Parlimen berlangsung, hari ini pertama kalinya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berucap sebagai pembangkang.


Menurutnya, situasi itu adalah pertama dalam sejarah setelah kerajaan PH mengambil alih pentadbiran negara ini.


“Pertama dalam sejarah saya berucap sebagai pembangkang,” katanya ketika berucap membahaskan titah Yang Di Pertua Agong, hari ini.


Sesi Dewan Rakyat yang berlangsung di bawah pentadbiran kerajaan PH mula bersidang sejak 16 Julai lalu.


Beliau yang juga ahli Parlimen Pekan mengatakan akan memainkan peranan membantu ketua pembangkang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sepanjang berada di Dewan Rakyat.


“Saya juga akan bantu Ahli Parlimen Bangan Datuk sebagai ketua pembangkang,” katanya.


Sementara itu, Najib turut menyatakan kebimbangannya mengenai nasib golongan Felda yang didakwanya telah diabaikan oleh kerajaan hari ini.


“Sebaik sahaja Harapan mentadbir negara ini, mereka tidak lagi mengendahkan golongan peneroka, hari peneroka tidak disambut.


“Manifesto Harapan yang ingin membatalkan hutang peneroka dalam 100 hari, tapi apa jadi dengan janji ini,” katanya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]