Peratus cerai lebih penting berbanding kahwin bawah umur

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Perkahwinan bawah umur bukan menjadi isu besar, sebaliknya peratus perceraian wajar diberi penekanan.


Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, meskipun pengantin bawah umur namun mereka berkahwin sebaliknya perkara yang perlu dirisaukan ialah adakah penceraian bawah umur meningkat tinggi berbanding dewasa.


“Mereka (bawah umur) ini berkahwin dan perkara yang perlu dirisaukan ialah peratus penceraian.


“Peratus perceraian ini perlu dibuat penelitian, apakah perkahwinan bawah umur peratus penceraian meningkat tinggi berbanding yang dewasa? Soalnya.


Ahli Parlimen Kubang Kerian itu menegaskan isu perkahwinan bawah umur perlu diteliti secara keseluruhan bukan hanya faktor umur sahaja.


“Jadi saya fikir perlu tengok keseluruhan isu ini bukan hanya faktor umur sahaja.


“Saya lebih suka melihat kalau kita kahwin umur 18, 20 tahun sekalipun yang penting ialah sistem pendidikan kekeluargaan kepada mereka,” jelasnya ketika sidang media di lobi Parlimen, hari ini.


Beliau bagaimanapun memaklumkan akan meneliti perkara ini dengan lebih mendalam dan membincangkannya dengan pihak KementerianWanita dan Pembangunan Keluarga.


“Cuma perkara ini perlu diteliti dalam banyak perkara, banyak sudut, sebab perkahwinan bawah umur ini bukan melibatkan Islam sahaja bahkan banyak di kalangan penganut agama lain, bangsa lain.


“Sebagai contoh Orang Asal menjadi budaya orang Asal kahwin di bawah umur 15 dan 16 tahun , jadi saya nak lihat dalam kerangka yang besar isu ini supaya dapat mengenal pasti apa masalah sebenar kita,” katanya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]