PKNP yakin mampu saingi Selangor

in Sukan by


KESEBELASAN PKNP diyakini mampu memberikan aksi terbaik ketika melayan kunjungan Selangor di Stadium Perak dalam aksi Liga Super malam ini.


Pengendali PKNP, Abu Bakar Fadzim berkata, beliau yakin kesebelasan diturunkan mampu menggalas tugas  ditinggalkan beberapa tonggak yang mengalami kecederaan.


“Kesebelasan pemain hasil adunan beberapa pemain skuad Piala Presiden PKNP itu telah membuktikan kemampuan masing-masing  dalam beberapa aksi Liga Super sejak akhir-akhir ini.


“Oleh itu, kesebelasan pemain yang diturunkan malam ini diharap dapat menggalas tugas yang ditinggalkan pemain utama PKNP,” katanya kepada Sinar Harian.


Sementara itu, Abu Bakar berkata, pihaknya gembira sasaran kekal beraksi dalam saingan Liga Super musim depan direalisasikan.


Bagaimanapun katanya, kesebelasan pemain masih perlu mempamerkan aksi bertenaga bagi meraih mata pada aksi terakhir liga di gelanggang sendiri.


“Walaupun sasaran untuk kekal beraksi dalam saingan Liga Super musim depan telah tercapai, mereka diingatkan untuk berusaha mencari mata dan seterusnya memperbaiki kedudukan dalam carta liga,” katanya kepada Sinar Harian.


“Walaupun sasaran untuk kekal beraksi dalam saingan Liga Super musim depan telah tercapai, mereka telah diingatkan untuk berusaha mencari mata dan seterusnya memperbaiki kedudukan dalam carta liga,” katanya.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]