Remaja maut, motosikal bertembung bas

in Edisi by


GUA MUSANG – Seorang remaja maut selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Gua Musang-Kuala Krai, berdekatan Masjid Keputeraan Paloh, malam tadi.


Mangsa yang menaiki motosikal jenis Yamaha 125z, merupakan anak peneroka di Kesedar Paloh 2, di sini, meninggal dunia di tempat kejadian.


Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, motosikal mangsa terbakar selepas berlaku pelanggaran dari arah bertentangan dengan bas yang menghala ke Kota Bharu.


Mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat.


Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Taufik Maidin, mengesahkan kejadian tersebut.


Source: SH Edisi Kelantan

[featured-video-plus]