Remaja mengaku tunjuk kemaluan

in Edisi Terengganu by


KUALA TERENGGANU- Tindakan kurang sopan seorang remaja lelaki menunjukkan kemaluannya kepada seorang pekerja pasar raya di Kuala Nerus mengundang padah apabila dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun bercagaran RM2,500 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.


Tertuduh yang berusia 15 tahun itu turut diarahkan menghadiri bengkel interaktif anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat.


Keputusan dibuat selepas tertuduh mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan kerana melanggar kesopanan.


Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kelucahan melampau dengan menunjukkan kemaluan terhadap seorang wanita, 34,  di sebuah pasar raya di Kuala Nerus, jam 5.53 petang pada 18 April lalu.


Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Inspektor Miky Dunstan Muda dihadapan Majistert Abdul Hayyi Salim.


Dalam kejadian itu, mangsa yang sedang bertugas di kaunter pembayaran didatangi tertuduh yang bertindak menunjukkan kemaluannya dengan sengaja.


Mangsa yang bimbang keselamatan diri membuat laporan di Balai Polis Gong Badak untuk tindakan lanjut


Source: SH Edisi Terengganu

[featured-video-plus]