Saharul mahu bawa keluarga ke Tanah Suci

in Hiburan by
Saharul Ridzwan

Saharul mahu bawa keluarga ke Tanah Suci


Lebih komited terhadap tanggungjawabnya sebagai anak seni, pelakon Saharul mengakui tidak mahu lagi membazirkan masanya untuk sesuatu yang boleh merugikan dirinya.


Justeru pelakon yang kini sedang hangat dengan drama terbaharu lakonannya, Jangan Benci Cintaku ini, hanya fokus kepada kerjaya seninya, selain banyak meluangkan masa bersama keluarganya.


“Saya tidak pernah berehat atau berhasrat memperlahankan kerjaya lakonan. Saya berlakon seperti biasa cuma saya sekarang perlu membahagikan masa dengan sebaiknya antara kerja dan keluarga.


“Jadi saya sekarang memang jarang kelihatan di acara-acara  yang tidak berkaitan kerja kerana terikat dengan banyak komitmen lain yang memerlukan perhatian,” katanya.


Malah kata bapa kepada seorang anak ini lagi, selepas selesai menjayakan sesuatu pengambaran, dia selalunya akan mengambil cuti untuk bersama keluarga sebelum memulakan keja baharu.


“Sebelum raya saya agak sibuk dan terikat dengan penggambaran yang panjang, jadi selepas selesai projek itu saya berehat sekejap mulakan kerja baharu dulu untuk bersama dengan keluarga


“Alhamdulillah, pengurus saya, Awin Nurin memahami status saya yang sudah berkeluarga ini dan sering memudahkan saya dengan mengatur jadual yang cukup fleksible.


“Sesetengah pengurus selalunya akan pentingkan kerja dan fikir duit saja tapi  pengurus saya pula sebaliknya kerana dia tahu seimbangkan semua itu, malah mempunyai strateginya yang tersendiri.


“Kalau dulu saya bekerja secara berterusan dari satu projek ke satu projek sehingga tiada masa untuk diri sendiri. Tapi sekarang semuanya lebih teratur,” ujar Saharul.


Dalam pada itu Saharul turut berkongsi hasratnya untuk membawa kedua ibu bapa dan keluarga mertuanya ke Tanah Suci pada hujung tahun ini.


“Alhmdulillah pada tahun ini ada rezeki sedikit, jadi saya berhasrat nak bawa ibu bapa dan mertua mengerjakan umrah.


“Memang dari awal memulakan perniagaan tudung labuh Qaabila lagi, saya memang ada pasang niat nak gunakan rezeki dari hasil jualan ini untuk bawa keluarga ke Tanah Suci.


“Alhamdulilah harap-harap semuanya berjalan lancar dan hasrat kami terlaksana,” luah Saharul.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]