SST: Rakyat ada lebih kuasa beli

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Perlaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 September ini dilihat mampu menyumbang kepada ekonomi individu apabila mereka mempunyai lebih kuasa pembelian.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Saifuddin Nasution berkata, sebelum ini cukai barang dan perkhidmatan (GST) mampu memberi pendapatan kepada kerajaan sebanyak RM 42 bilion.


Menurutnya, SST pula dijangka memberi pulangan kepada kerajaan sebanyak RM 21 bilion.


[ARTIKEL BERKAITAN: GST mansuh, SST kembali]


“Bezanya RM21 bilion ada dalam kocek (poket) rakyat’ Rakyat ada lebih kuasa beli. Malah kita juga dapatkan informasi dari bakul pengguna.


“Kesan perlaksanaan cukai ini mengambil kira kepada kesejahteraan rakyat. Matlamat akhirnya tak sampai beri impak berat kepada rakyat,” katanya kepada media selepas Program Pembukaan Malaysia International Retail Franchise di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, tadi.


Turut hadir Presiden Persatuan Rangkaian Runcit Malaysia (MRCA), Datuk Seri Garry Chua.


Nasaruddin berkata, semua persiapan bagi perlaksanaan SST berkenanan kini berjalan mengikut jadual dan bakal diteruskan dengan pindaan undang-undang.


Sebelum ini, cukai SST akan diperkenalkan semula sebagai sebahagian daripada program pembaharuan fiskal yang sedang dalam pelaksanaan, manakala GST kosong peratus.


[ARTIKEL BERKAITAN: Tun M pertahan SST]

 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]