Surat kepada CIA, rahsia negara: Najib

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan penghantaran surat kepada Agensi Perisikan Pusat (CIA) dengan tujuan meminta sokongan Amerika Syarikat menjelang PRU14 ditulis badan perisik Malaysia.


Ahli Parlimen Pekan itu mendakwa, beliau tidak mengetahui mengenai kiriman surat berkenaan, sebaliknya ia diuruskan oleh badan perisik negara.


“Saya tak tahu, apa pun surat ini dibuat oleh badan perisik kita (Malaysia) dan bukan dasar kita nak mendedahkan surat tersebut. Ini rahsia kerajaan.


“Kalau kita dedahkan, maknanya tak ada apa lah yang boleh kita anggap sebagai rahsia dalam negara,” ujar Najib ketika sidang media di lobi Parlimen, hari ini.


Sementara itu, bekas Presiden Umno itu juga mengingatkan bahawa surat itu melibatkan kiriman antara agensi dan sepatutnya tidak wajar diberi ulasan kerana akan mengundang kebocoran maklumat.


[ARTIKEL EBRKAITAN: Siasat isu surat kepada CIA]


Sebelum ini, sebuah portal melaporan seorang pegawai kerajaan telah menghantar surat kepada CIA bagi meminta Amerika Syarikat (AS) terus menyokong pentadbiran Datuk Seri Najib Razak jika BN menang mudah atau hanya meraih majoriti satu kerusi dalam PRU14.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]