TVET: Nurul Izzah diharap dapat tarik lebih ramai wanita

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Pelantikan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemerkasaan Pendidikan Latihan Teknikal (TVET) bertujuan untuk memecahkan stigma bidang itu dikuasai kaum lelaki sahaja.


Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, ia juga bagi mengelakkan bidang TVET sering dikaitkan dengan kaum lelaki yang menceburi bidang 3D (Kotor, Bahaya dan Susah).


Katanya, dengan pelantikan Nurul Izzah diharap dapat menarik lebih ramai kaum wanita mengambil aliran TVET.


“Ini adalah inisiatif kementerian untuk memecahkan stigma bahawa TVET hanya dipelopori oleh kaum lelaki lantas berupaya meningkatkan minat wanita untuk menceburi bidang TVET,” katanya menjawab soalan Datuk SeriĀ  Ismail Muttalib (BN – Maran).


Dalam soalannya, Ismail mahu kerajaan menyatakan keperluan pelantikan Nurul Izzah sebagai pengerusi TVET dan apakan peranan dan sumbangan yang dapat diberikan.


Selain itu, Maszlee berkata, Nurul Izzah merupakan anak muda yang dinamik dan berkeupayaan mengetuai kumpulan pakar.


“Sebagai orang muda beliau mempunyai misi yang dinamik yang diperlukan kementerian dalam memacu hala tuju TVET negara di mana sasaran adalah orang muda,” katanya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]