Beku MyBrain penindasan kepada rakyat?

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Pengumuman Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik membekukan sementara MyBrain atas alasan untuk dikaji tanpa dimaklumkan satu tempoh masa  merupakan satu penindasan kepada rakyat.


Exco Pemuda Umno, Shahrul Nasrun Kamarudin mempersoalkan sampai bila Maszlee mahu membuat kajian dan berapa lama masa yang diambil bagi proses kajian dibuat.


Menurutnya, semua pihak perlu mendesak Kementerian Pendidikan menyelesaikan isu MyBrain.


“Membekukan MyBrain tanpa diberitahu tempoh waktu hanya menyekat peluang rakyat untuk menyambung pengajian dan  Maszlee harus sedar bukan semua orang ada kemampuan kewangan untuk menampung yuran pengajian di peringkat kedoktoran dan sarjana.


“MyBrain dapat membantu menaikkan taraf hidup rakyat, ekonomi dan peluang naik pangkat. Maszlee berhenti dari membuat keputusan yang bersifat menindas rakyat kerana saya khuatir apabila rakyat benar-benar rasa diri ditindas pelbagai perkara boleh berlaku,” katanya dalam satu kenyataan,


Sebelum ini, Maszlee dalam satu program bual bicara mengumumkan penangguhkan terhadap program tersebut kerana faktor ekonomi semasa dan kekangan kewangan kementerian tersebut.


Beliau mendakwa, kerajaan terdahulu meninggalkan hutang begitu banyak untuk rakyat dan kerajaan tidak boleh memberikan biasiswa berkenaan.


Mengulas perkara tersebut, Shahrul Nasrun berkata, dalam Bajet 2018, sebanyak RM90 juta diperuntukan kepada Kementerian Pendidikan untuk MyBrain.


“Justeru, alasan Maszlee membekukan MyBrain kerana kekurangan sumber kewangan adalah satu pembohongan.


“Maszlee fikir rakyat mudah untuk ditipu dengan manipulasi hutang negara keputusan untuk membekukan biasiswa MyBrain perlu diterima oleh rakyat?” soalnya.


[ARTIKEL BERKAITAN: Rebut peluang biasiswa untuk masa depan]


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]