Harga emas fizikal susut 25 sen

in Bisnes by


KUALA LUMPUR – Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tanpa diniagakan hari ini berikutan permintaan lemah terhadap komoditi itu.


Pada 9.24 pagi, Julai 2018, Ogos 2018, September 2018 dan Oktober 2018 masing-masing pada RM161.00, RM161.50, RM161.70 dan RM161.90 segram.


Jumlah dagangan adalah sifar manakala kepentingan terbuka pada 34 kontrak.


Pada 9.30 pagi, harga emas fizikal susut 25 sen kepada RM154.84 segram. – Bernama


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]