Houthi bedil ibu negara tentera pakatan

in Global by


SANAA – Pemberontak Houthi yang bergabung dengan pihak tentera memberi amaran bahawa Riyadh dan sekutunya akan terus dihujani peluru berpandu, selagi tentera pakatan diketuai Arab Saudi tidak berhenti menyerang Yaman.


“Tentera Yaman tidak akan menyerang negara lain secara membabi buta. Tetapi, jika kami diserang, maka kami akan bertindak balas.


“Jadi mulai sekarang, ibu negara tentera pakatan tidak lagi selamat,” kata jurucakap kanan kumpulan itu, Mohammed Abdelsalam.


Kenyataan itu dikeluarkan sehari selepas tentera Yaman melancarkan serangan ke atas lapangan terbang Abu Dhabi di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan pesawat udara tanpa pemandu atau dron.


Saluran televisyen Al-Masirah mendakwa pesawat Sammad-3 melancarkan tiga serangan di lapangan terbang berkenaan pada lewat petang semalam.


Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang kenyataan dikeluarkan daripada pihak berkuasa UAE berhubung laporan itu.


Malah, tiada maklumat kerosakan atau kecederaan dilaporkan daripada serangan berkenaan.


Sementara itu, sumber yang juga pegawai kerajaan UAE memberitahu Reuters bahawa serangan itu tidak berlaku. – Press TV


Source: SH Global

[featured-video-plus]