Jadi penasihat agama kerajaan, ini jawapan Asri

in Nasional by


SHAH ALAM – “Nanti nak Istikarah dulu,” itu jawapan ringkas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin ketika ditanya jika beliau berminat menjadi penasihat agama kerajaan jika ditawarkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.


Beliau yang menjadi panel Wacana Sinar Harian ke-66 berjudul Islam di Era Pakatan Harapan di Kumpulan Media Karangkraf berkata demikian ketika menajwab soalanĀ  moderator, Amin Idris.


Jawapan ringkas itu turut disusuli dengan gelak tawa hadirin.


Selain Mohd Asri, wacana ini turut menampilkan tiga panel lain iaitu Naib Presiden Amanah, Hasanuddin Mohd Yunus, Naib Ketua Pemuda Pas, Fadhli Shaari dan Presiden Ikatan Kebajikan & Dakwah Selangor (IKDDAS) yang juga penasihat agama Umno Selangor, Rosdi Long.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]