Kerajaan PH tidak berkompromi isu LGBT

in Nasional by


SHAH ALAM – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak akan berkompromi dengan sebarang kegiatan-kegiatan yang melibatkan sebarang aktiviti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di negara ini.


Naib Presiden Amanah, Hasanuddin Mohd Yunus berkata, bagaimanapun kerajaan perlu menggunakan pendekatan yang lebih berhemah dengan berdiskusi dan secara ilmuan untuk mencari penyelesaian yang lebih berkesan.


“Pendirian itu jelas seperti mana yang pernah di tegaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa sebelum ini.


“Dalam isu LGBT contohnya, kami fikir sebenarnya LGBT ini adalah daripada golongan yang ‘sakit’ dan kini semakin menjadi trend daripada peringkat antarabangsa. Jadi ia memerlukan pendekatan yang lebih berhemah bagi memastikan ia tidak terus subur di negara ini,” katanya ketika Wacana: Islam di Era Pakatan Harapan (PH) di Auditorium Karangkraf hari ini.


AKAN MNYUSUL


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]