Masyarakat Islam matang terima perubahan kerajaan

in Nasional by


SHAH ALAM – Presiden Ikatan Kebajikan dan Dakwah Selangor (Ikdas), Rosdi Long berkata, kematangan umat Islam dalam menerima perubahan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) merupakan satu pencapaian paling membanggakan di Selangor.


Rosdi yang juga Penasihat Agama Islam Selangor berkata, masyarakat memahami kepentingan sesuatu perkara dan tidak taksub hingga menolak kebenaran.


“Umat Islam tidak berdiri dengan ketaksuban hingga tidak terima kekalahan. Masyarakat tidak mempromosi sifat bercanggah dengan nilai yang dihayati oleh setiap orang Islam,”katanya.


Beliau menyatakan perkara itu ketika menjawab soalan pengacara Amin Idris semasa Wacana: Islam di Era Pakatan Harapan (PH) di Auditorium Karangkraf hari ini.


Rosdi ditanya pencapaian yang paling membanggakan di Selangor sejak pemerintahan PH.


AKAN MENYUSUL


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]