Mujahid perlu adil kepada semua: Asri

in Nasional by


SHAH ALAM – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa digesa berlaku adil kepada kepada semua pihak.


Katanya, dalam isu polemik antara pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik dengan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (CEC) DAP, Dr P Ramasamy, Mujahid tidak boleh meminta rakyat untuk mengubah persepsi hanya kepada satu pihak sahaja kerana mengenali individu itu.


“Sebagai seorang bergelar muslim, secara keseluruhannya, kita perlu adil. Bukan sahaja kepada bukan Islam tetapi adil kepada diri sendiri,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.


Kelmarin, Mujahid menyatakan beliau akan mempertemukan Mohd Asri dengan Ramasamy secara tertutup


Katanya, pertemuan antara mereka dijangka akan diadakan bulan ini dengan lokasi cadangan di pejabatnya.


Menurutnya lagi, beliau sangat mengenali rakannya (Ramasamy) dan beliau berperanan besar dalam membantu usaha perdamaian di Acheh.


[ARTIKEL BERKAITAN: Dr Maza desak Ramasamy jawab]


[ARTIKEL BERKAITAN: Mujahid atur pertemuan tertutup Mufti Perlis, Ramasamy]


[ARTIKEL BERKAITAN: Zakir-Ramasamy: Mujahid tawar jadi orang tengah]


Mengulas lanjut, Mohd Asri turut menegur tindakan Mujahid yang dilihat mendahului Polis Bukit Aman.


“Sepatutnya dalam hal ini sepatutnya biarkan polis lakukan siasatan terlebih dahulu. Mengapa menteri keluarkan kenyataan mendahului Bukit Aman.


“Saya rasa dia patut tunggu Bukit Aman kerana polis kata mereka sedang lakukan siasatan. Kalau menteri buat keputusan mendahului polis, saya rasa tidak perlu lagi polis teruskan siasatan,” katanya.


Di minta mengulas mengenai pertemuan dengan Ramasamy, beliau berkata pertemuan itu perlu berlaku dalam suasana dialog dan akan menyatakan pendiriannya.


“Begitu juga dengan pendirain Ramasamy, saya akan dengar. Semua orang perlu bersikap adil dan mengelakkan apa sahaja provokasi.


“Jangan hanya lihat provokasi orang Islam sahaja perlu ditegur tetapi bila wujud provokasi daripada bukan Islam kita tak cakap (tegur) benda sama.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]