Pemerintah jangan fokus buru dosa peribadi

in Nasional by


SHAH ALAM – Pemerintah tidak boleh menjadikan agenda memburu dosa peribadi sebagai keutamaan.


Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, sebaliknya, pemerintah perlu memberi tumpuan kepada memburu dosa membabitkan hal ehwal awam.


“Dosa peribadi antara manusia dengan Tuhan, sementara dosa membabitkan hal ehwal awam akan merosakkan keselamatan awam. Ini mesti dibezakan.


“Silapnya pemerintah ialah apabila dia mencari dosa peribadi dan membiarkan dosa awam,” katanya dalam wacana Sinar Harian ke-66 berjudul Islam di Era Pakatan Harapan hari ini.


Katanya, apabila pemerintah terlalu banyak fokus dosa peribadi, undang-undang yang dikuatkuasakan juga akan banyak menumpukan dosa peribadi.


“Ini seterusnya akan menjadikan pentadbiran institusi Islam tidak telus,” katanya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]