Peminat DM Zahirah@Feeqa luah perasaan

in Hiburan by
Zahirah Macwilson. Foto – INSTAGRAM

Peminat DM Zahirah@Feeqa luah perasaan


PELAKON cantik, Zahirah Macwilson mendedahkan ada sesetengah penonton drama bersiri Jangan Benci Cintaku menghantar Direct Message (DM) dan meluahkan perasaan serta nasib mereka yang hampir sama seperti watak lakonannya, Feeqa.


Menurut selebriti berusia 23 tahun ini, ada juga di antaranya yang meminta nasihat mengenai perhubungan mereka kepadanya dan dia cuba nemberi sokongan sebaik mungkin.


“Saya tak sangka drama itu akan mendapat sambutan dan trending di media sosial.


“Ramai yang DM di Instagram dan memberitahu terkesan dengan watak yang saya bawa, malah ada yang kongsi kisah mereka yang hampir sama dengan watak yang saya bawakan.


“Mana yang meluahkan perasaan itu saya hanya memberi sokongan moral kepadanya dan yang minta nasihat itu saya cuba beri pandangan sebaik mungkin.


“Realitinya saya sendiri rasa tak kuat bila berada di tempat Feeqa dan tak rasa boleh jadi macam watak Feeqa dalam dunia sebenar,” katanya ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta produk penjagaan wajah Meeracle di Hotel Le Meridien, semalam.


Menerusi drama Jangan Benci Cintaku, Zahirah bergandingan dengan Saharul Ridzwan dan ia disiarkan di saluran TV3 menerusi slot Akasia.


Sementara itu, berkongsi mengenai pelantikannya sebagai duta Meeracle, Zahirah mengakui ada rasa skeptikal pada produk kecantikan tempatan.


Jelasnya, dia tidak membuat keputusan melulu untuk menerima, sebaliknya menggunakan produk tersebut terlebih dahulu bagi melihat keberkesanannya.


“Saya sangat teliti dengan apa yang saya kongsi dengan peminat, kalau tidak berkesan, saya tak akan terima tawaran untuk jadi duta.


“Tapi selepas dicuba ternyata produk ini bagus dan itu antara sebab utama saya menerimanya,” katanya.

 


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]