Sarina's Secret komited bantu wanita berusia

in Bisnes by


RUTIN dan cara hidup yang baik akan membantu semua wanita untuk tampil menarik dan berkeupayaan untuk menyumbang sesuatu kepada kemajuan dan produktiviti negara.


Bagaimanapun, kajian yang dilakukan oleh jenama Sarina’s Secret yang dimiliki oleh SSDJaya Marketing mendapati bahawa produktiviti wanita di Malaysia mula menyusut dengan ketara apabila mencecah umur akhir 30an, malah keyakinan diri, kesihatan dan kecergasan wanita mula berkurangan pada usia tersebut.


Pengasasnya, Sarina Hashim optimis melalui platform program Sarina’ Secret yang diadakan di seluruh negara, ia akan membantu mengembalikan semula keyakinan wanita untuk terus proaktif dan produktif kepada pencapaian negara dalam pelbagai bidang.


“Kami sedar bahawa wanita merupakan aset berharga kepada kemajuan bangsa dan negara Malaysia. Melalui program Sarina’s Secret, saya akan berkongsi dengan semua wanita mengenai rahsia dan amalan rutin kehidupan saya sehingga dapat mengekalkan kecergasan dan penampilan walaupun sudah mencapai usia lebih setengah abad.


“Malahan, saya mampu menurunkan berat badan dalam tempoh singkat dengan menggunakan formula yang diwarisi oleh ibu saya. Program tersebut akan diadakan selama empat jam di 10 lokasi terpilih bermula 11 Ogos hingga 30 September,” katanya.


Sarina berkata, antara lokasi program Sarina’s Secret ialah Kuantan, Shah Alam, Ipoh, Alor Setar, Batu Pahat, Johor Bahru dan Pulau Pinang.


“Dengan moto, Kini Giliranmu Tampil Persisku akan dipenuhi dengan pengisian program meliputi ilmu mengenai penampilan, kecergasan dan senaman tradisional dalam kalangan wanita. Kami menyasarkan 10,000 peserta wanita akan menyertainya. Bayaran penyertaan serendah RM25 sahaja untuk setiap individu,” katanya.


Jadual program akan dipaparkan di laman web Sarina’s Secret dari masa ke semasa.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]