Sentuhan penyudah bezakan PKNP, Selangor

in Sukan by


PERBEZAAN sentuhan penyudah penyebab utama kekalahan 0-2 PKNP kepada Selangor pada aksi Liga Super di Stadium Perak, semalam.


Ketua jurulatih PKNP, Abu Bakar Fadzim, perbezaan sentuhan penyudah antara kedua-dua pasukan jelas kelihatan apabila pelawat memanfaatkan peluang di depan gawang berbanding jentera serangan PKNP.


Bagaimanapun menurut Abu Bakar, pihaknya dapat melihat  dalam persembahan  kendaliannya itu  apabila beberapa pemain muda mempamerkan  kesungguhan di sepanjang perlawanan.


“Ya, kita berbeza dari segi finishing. Selangor berjaya dapatkan dua gol dan kita juga tidak memanfaatkan peluang bermain di tempat sendiri.


“Namun perubahan persembahan pasukan khususnya pemain muda yang nampak bersungguh-sungguh untuk diberikan kepercayaan beraksi dalam kesebelasan utama pada masa depan,” katanya kepada Sinar Harian.


Abu Bakar berkata demikian setelah menyaksikan PKNP tewas 0-2 kepada Selangor dalam aksi Liga Super di Stadium Perak.


Bagaimanapun keputusan berkenaan tidak memberi kesan kerana kedua-dua pasukan sudah pun mengesahkan tempat untuk beraksi dalam saingan Liga Super rmusim depan selain layak ke saingan Piala Malaysia.


Sementara itu, Abu Bakar berkata, PKNP musim ini sebenarnya telah mencapai sasaran ditetapkan iaitu untuk kekal beraksi dalam saingan Liga Super musim depan.


Justeru katanya, beliau kini perlu merancang untuk pencapaian yang lebih baik bagi saingan musim depan.


“Ini penanda aras,  matlamat untuk relegate (tersingkir) dah tercacapai cuma nak letak di posisi mana.


“Sasaran kita adalah untuk buat yang lebih baik pada musim kedua (musim hadapan). Dah banyak kesukaran yang kita lalui untuk capai ke tahap ini,” katanya lagi.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]