Setiap hari adalah rahmat buat Tun Siti Hasmah

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali menyifatkan setiap hari adalah satu rahmat buat beliau dan suaminya.


Siti Hasmah, 92, berkata, beliau akan memanjatkan rasa syukur kerana dipanjangkan usia setiap kali bangun daripada tidur.


“Apabila saya membuka mata saya setiap pagi, perkara pertama yang saya buat adalah untuk berterima kasih kepada Tuhan untuk rahmat ini.


“Setiap hari adalah rahmat untuk kami berbuat baik kepada yang lain,” katanya ketika berucap dalam program “Malaysia World Chamber of Commerce” di New World Hotel seperti dilaporkan portal FMT.


Dalam majlis itu, Siti Hasmah turut diberikan gelaran ‘The Mother Of Nation’ atas sumbangannya ke arah kebaikan negara.


Gelaran itu diberikan oleh ‘World Chamber of Commerce Malaysia dalam satu program Women Empowerment.


Siti Hasmah dan suaminya, Tun Dr Mahathir Mohamad,93, berkongsi bulan kelahiran yang sama iaitu Julai.


Ulang tahun kelahiran Siti Hasmah ialah pada 12 Julai, iaitu dua hari selepas Mahathir menyambut hari jadinya pada 10 Julai.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]