Tembusi pasaran Dubai dan China

in Bisnes by


PENGEDAR produk penjagaan kecantikan, Razki Multi Resources tidak menyangka produk sulungnya, Supreme Whitening (SPW) yang diperkenalkan sejak Mac lalu mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan di Singapura.


Pengasas syarikat, Muhamad Razki Yaman berkata, pada awalnya ia dipasarkan dalam pasaran tempatan dan diikuti Singapura, namun jualan tinggi direkodkan di negara itu.


Menurutnya, jualan untuk pasaran Singapura mencatatkan RM30,000 sebulan dan menyasarkan RM100,000 sejak Julai lalu berikutan mendapat sambutan yang memberangsangkan.


“Syarikat mengunjurkan nilai jualan di seluruh Malaysia akan bertambah menjelang akhir tahun ini didorong oleh strategi pemasaran yang agresif dan penambahan stokis dan ejen di seluruh negara, Singapura dan Brunei,” katanya kepada Sinar Harian.


Muhamad berkata, SPW cukup unik kerana ia adalah produk penjagaan kulit menyeluruh yang kaya dengan khasiat strawberi, raspberi dan blueberry serta serbuk mutiara untuk pemutih kulit secara menyeluruh.


“Tiga buah-buahan tersebut memiliki vitamin C,E yang tinggi untuk membantu mencerahkan kulit dan beri pelindungan serta menyempurnakan kulit. Selain itu, ia adalah sumber anti oksidan dan tinggi serat untuk merawat kulit rosak serta membantu menyihatkan kulit secara menyeluruh.


“Pengguna boleh makan satu sachet SPW setiap hari dan kesan penggunaannya akan kelihatan selepas tujuh hari dan ia bergantung kepada jenis kulit,” katanya.


Beliau berkata, produk itu telah menjalani kajian dan pembangunan selama beberapa bulan dihasilkan di kilang Amalan Pengilangan Terbaik (OEM).


“SPW akan menembusi pasaran Dubai dan China dalam tempoh beberapa tahun akan datang berikutan ia mendapat sambutan yang memberangsangkan di Singapura. Malah, dengan menggunakan formulasi sendiri, penggunaan bahan yang berkualiti dan harga berpatutan, produk ini dijangka mendapat permintaan tinggi,” katanya.


Beliau berkata, syarikat kini memerlukan lebih banyak pengedar dan stokis untuk memasarkan produk berkenaan, malahan latihan dan bimbingan turut diberikan sebagai usaha untuk meluaskan rangkaiannya di pasaran domestik dan global.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]