TQSM Mak Ngah, Love you more: Aidil Aziz

in Hiburan by
Foto Aqo Imran

TQSM Mak Ngah, Love you more: Aidil Aziz


JIKA sebelum ini aktres cantik, Fasha Sandha, 34, mengucapkan selamat hari lahir kepada jejaka kacak, Aidil Aziz beserta video menarik antara mereka berdua sebagai hadiah.


Kali ini, menerusi akaun Instagram @itsaidilaziz yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-31, tampil membalas ucapan aktres itu.


“TQSM Mak Ngah. You are so sweet. Semoga Allah memberi kebahagiaan dan kesihatan yang baik buat seluruh keluarga,juga diperluaskan lagi rezeki kamu. Aminn. Love u more,” luah Aidil.


Menjejak ruang komen milik pelakon drama bersiri Mona Lisa, selain dihujani dengan ucapan dan doa sempena hari jadinya, tidak kurang juga yang mahu melihat kedua-dua pelakon ini untuk mendirikan masjid secepat yang mungkin.


Fasha dan Aidil, mula menjadi bualan netizen dan masyarakat selepas sebuah rakaman video mereka berpelukan dirakam orang awam tular, pada akhir Jun lalu.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]