AAGI menang tiga anugerah

in Bisnes by


AFFIN General Insurance Berhad (AAGI) memenangi tiga anugerah iaitu anugerah Syarikat Am Antarabangsa Terbaik-Malaysia, Produk Baharu Terbaik-Malaysia dan Inisiatif Tuntutan -Malaysia di Anugerah Perbankan Kewangan dan Insurans Asia 2018, yang diadakan pada 12 Julai di Singapura.


Ketiga-tiga anugerah itu merupakan pengiktirafan bagi usaha AAGI yang berterusan dalam memperbaiki dan memantapkan pengalaman pelanggan. Anugerah tersebut dianjurkan Asian Banking and Finance Magazine, 2018 adalah anugerah industri berprestij mengiktiraf institusi kewangan paling cemerlang Asia.


Ketua Pegawai Pemasaran dan Bank Assurancenya, Rebecca Tan berkata, kemenangan itu menunjukkan prestasi cemerlang kakitangan syarikat tersebut dan bermakna kepada mereka kerana ia membuktikan tumpuan untuk memberikan produk dan perkhidmatan terbaik serta menjadi salah satu insurans am paling pesat berkembang di negara ini.


“Ia juga merupakan tanda sokongan daripada pelanggan dan rakan industri yang memberi kepercayaan dalam komitmen kami memperkasakan orang ramai dengan penyelesaian inovatif berorientasikan pelanggan,” katanya.


Beliau berkata, AAGI diiktiraf sebagai Syarikat Am Antarabangsa Terbaik-Malaysia kerana momentumnya pelbagai segmen dari segi pembangunan perniagaan, pengendalian kukuh serta berorientasikan pelanggan, inovasi sumbangan masyarakat.


“AXA FlexiDrive memenangi produk Insurans Baharu Terbaik-Malaysia adalah insurans telematik pertama di Malaysia yang direka untuk menggalakkan pemanduan kenderaan selamat bagi meningkatkan keselamatan jalan raya di negara ini. Ia dapat dilaksanakan melalui teknologi dan inovasi telematik yang membolehkan pelanggan memantau tingkah laku pemanduan mereka, dan memberikan ganjaran diskaun sehingga 20 peratus bagi pemanduan selamat,” katanya.


“Selaras misi kami untuk menjadi syarikat insurans berorientasikan pelanggan menjelang 2020, kami komited memacu pencegahan risiko melalui pembangunan produk inovatif. Kami mahu memberi lebih nilai kepada memperkasakan mereka menjalani kehidupan baik,” katanya.


Tambahnya, AAGI diiktiraf anugerah Inisiatif Tuntutan Terbaik -Malaysia, AAGI berkeyakinan bahawa tuntutan adalah salah satu titik hubung terpenting detik penentuan bagi pelanggan.


“Syarikat menumpukan sumbernya terhadap transformasi pembaikan tuntutan untuk memberikan pengalaman tuntutan lancar pelanggan. Tempoh tuntutan dikurangkan secara drastik dengan proses dan dokumentasi tuntutan lebih mudah. Peningkatan kemahiran kakitangan juga dijalankan membantu pada masa diperlukan berkesan,” katanya.


 


 


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]