Ahli Umno perlu berkorban

in Edisi by


KUALA TERENGGANU – Situasi politik sekarang, orang (Umno) kena kerja lebih dan perlukan pengorbanan dalam pelbagai bentuk untuk membantu parti.


Timbalan Ketua Umno Kuala Terengganu, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata demikian berikutan menyedari keadaan terkini parti yang memerlukan sokongan orang dalam parti itu sendiri untuk mereka ‘bergerak’ lebih aktif.


Beliau yang kelihatan selalu ada bersama calon PRK Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam pada kempen di Selangor itu berkata, dia pergi untuk memberi sokongan moral pada parti dan dalam masa sama turut berkempen untuk calon sekali.


“Saya pergi sendiri sahaja untuk bagi moral pada parti dan tolong kempen, memang tidak ada apa-apa bantuan kewangan pun, fisabilillah.


“Dalam keadaan sekarang, orang parti kena kerja lebih dan perlukan pengorbanan dalam pelbagai bentuk untuk membantu Umno,” katanya kepada Sinar Harian.


Najmil yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia menaruh harapan terhadap BN untuk menang bagi kawasan Sungai Kandis dalam PRK itu nanti.

 


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]