Doktor dipecat kerana rawat penunjuk perasaan antikerajaan

in Global by


MANAGUA – NICARAGUA. Puluhan doktor, jururawat dan kakitangan teknikal sebuah hospital awam di Nicaargua telah dipecat kerana merawat penunjuk perasaan antikerajaan yang cedera, lapor sumber perubatan semalam.


Kesemua mereka yang bertugas di Hospital Oscar Danilo Rosales di barat laut bandar Leon telah dipecat tanpa alasan kukuh.


Ketua Jabatan Pembedahan dan Endoskopi, Dr Javier Pastora berkata, hospital berkenaan dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan.


Tuduhan itu menguatkan lagi laporan bahawa kerajaan di bawah pimpinan Presiden Daniel Ortega menganiaya penjawat awam yang bersekongkol dengan pembangkang.


Situasi politik tidak menentu di Nicaragua telah berlanjutan selama tiga bulan dan penunjuk perasaan mendakwa dikasari polis serta anggota separa tentera.


Lebih 300 orang telah terbunuh dan ribuan lagi melarikan diri ke negara jiran Costa Rica ketika protes antikerajaan bertukar ganas. – AFP


Source: SH Global

[featured-video-plus]