Econsave laksana pembersihan bendung HFMD

in Edisi by


KUALA SELANGOR – Pasaraya Econsave di seluruh negeri  melaksanakan operasi pembersihan troli dan bakul pelanggan bagi mencegak penularan jangkitan penyakit tangan, kaki dan dan mulut (HFMD).


Tinjauan Sinar Harian mendapati, Econsave Jeram turut mengambil pendekatan sama selepas tular dalam media sosial mengenai jangkitan HFMD disebabkan troli di pasar raya.


Pengurus Econsave Jeram, M Faizal Mohdi berkata, usaha ini sejajar dengan penularan wabak HFMD yang turut melanda negeri ini sekali gus mendorong pihak Econsave bersama membantu demi jaminan kesihatan pelanggan.


“Kita tak mahu pelanggan takut nak membeli belah di pasar raya ini dan Econsave Jeram akan pastikan troli dan bakul dalam keadaan bersih,” katanya kepada Sinar Harian.


M Faizal berkata, pihaknya juga menjual antiseptik seperti Dettol Instant Hand Sanitizer di kaunter juruwang bagi memudahkan pelanggan untuk membeli barangan ini.


“Pada masa sama, pekerja kami juga menyediakan botol antiseptik untuk pelanggan pada pintu masuk pasaraya ini sebagai langkah pencegahan berterusan.


“Kami berharap pendekatan ini dapat mengurangkan penularan jangkitan ini terutamanya kepada kanak-kanak,” katanya yang turut memaklumkan seluruh pengurusan pasaraya itu turut melaksanakan pendekatan sama.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]