Hujan batu landa Britain selepas fenomena gelombang panas

in Global by


LONDON – BRITAIN. Hujan batu berukuran seperti bola golf melanda Britain selepas ribut petir menandakan berakhirnya gelombang panas di negara itu yang mana suhu mencecah sehingga 35 darjah celsius.


Hujan batu gergasi di York itu turut menyebabkan bumbung kanvas berlubang selain menimpa beberapa kepala individu.


Beberapa individu turut berkongsi fenomena cuaca luar biasa itu menerusi media sosial.


Difahamkan, kejadian itu berlaku selepas hujan turun di seluruh negara pada Jumaat.


Bagaimanapun, Britain kini berdepan amaran banjir, bekalan elektrik terputus dan ancaman ribut.


Khamis lalu menyaksikan suhu paling tinggi direkodkan di London sejak 2015 iaitu 35.5 darjah celsius. – Daily Mail


Source: SH Global

[featured-video-plus]