Kenyataan tular guna nama Anwar tidak benar

in Politik by


SHAH ALAM – PKR menafikan satu kenyataan yang tular di media sosial sejak kelmarin, dikeluarkan Ketua Umum PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, beliau sudah mendapat pengesahan daripada Anwar berhubung perkara itu.


Menurutnya, isi kandungan teks mendakwa prestasi tadbir urus di bawah PH pada kadar rendah, yang disebar itu adalah tidak benar, palsu dan berniat mengelirukan orang ramai.


“Saya terima aduan mengenai satu kenyataan yang tersebar sejak semalam (kelmarin) di mana kenyataan itu bermula dengan ayat..nah…Ini amaran dari DS (Datuk Seri) Anwar Ibrahim…


“Teks tersebut kononnya seolah-olah petikan ucapan daripada DS Anwar Ibrahim,” katanya menggesa orang ramai tidak menyebarkan teks tersebut.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]