Mampu selesai kemelut peneroka

in Edisi Pahang by


JERANTUT – Pelantikan bekas Pengerusi Maybank,Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor sebagai Pengerusi Felda yang baharu diharap dapat menyelesaikan kemelut yang dihadapi oleh peneroka di negara ini.


Kelmarin, Megat Zaharuddin diumumkan Tan Sri Shahrir Abdul Samad yang meletakkan jawatan pada 14 Mei lalu selepas dibawa masuk pada Januari lalu.


Antara senario yang membelenggu peneroka kelewatan elaun sara hidup dan pendapatan yang terjejas berikutan kejatuhan harga kelapa sawit.


Exco Jawatankuasa Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Datuk Nazri Ngah berkata, pelantikan Megat dapat mencairkan dana-dana yang memerlukan kelulusan ahli lembaga pengarahnya.


“Selain itu masalah kelewatan bayaran hasil dapat diatasi dengan syarat peneroka membuka akaun sendiri.


“Apabila dua perkara ini dapat diselesaikan, kewujudan orang tengah di kilang-kilang juga mampu diatasi,” katanya kepada media hari ini.


Dalam pada itu beliau juga berharap Kerajaan Pusat memikirkan nasib peneroka dengan perlu membuat dasar yang tidak membebankan rakyat termasuk mengukuhkan hubungan diplomatik dengan China.


Situasi terkini menyaksikan keresahan peneroka selepas pendapatan bersih mereka merosot teruk berikutan kejatuhan harga kelapa sawit.


Source: SH Edisi Pahang

[featured-video-plus]