Mat Sabu yakin penyokong Pas sokong Zawawi

in Edisi by


KOTA RAJA – Presiden Amanah, Mohamad Sabu yakin penyokong Pas akan memilih calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni dalam PRK Dun Sungai Kandis, 4 Ogos ini.


Menurut Mohamad, keyakinan tersebut berdasarkan perkembangan selepas PRU14 lalu di mana PH berjaya mengambil alih pimpinan kerajaan di peringkat negeri dan persekutuan.


“Kita (PH) akan ada peluang (untuk menang) sebab ahli Pas akan mengundi kita pada kali ini.


“Mereka mula sedar kerajaan negeri dan persekutuan kini di bawah PH. Kita akan menang dengan bergaya,”katanya ketika sidang media bersama Zawawi hari ini.


Dalam PRK Dun Sungai Kandis kali ini, PasĀ  tidak meletakkan calon untuk bertanding dan memberi laluan kepada calon BN, Datuk Adam Nor Lokman bersaing dengan Zawawi serta calon Bebas, Murti Krishnasamy.


Dalam pada itu, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu turut memohon maaf kepada pengundi di kawasan berkenaan berikutan tidak turun awal untuk membantu jentera kempen berikutan terlibat dengan lawatan kerja di England bagi menghadiri Pertunjukan Udara Farnborough selama seminggu.


Menerusi lawatan kerja itu, Mohamad memaklumkan pihaknya turut terlibat bagi menjemput syarikat-syarikat besar untuk turut sama mengikuti Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (Lima) pada tahun hadapan.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]