Pegawai Kanan PDRM tukar jawatan

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran jawatan membabitkan dua pegawai kanannya.


Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urus Setia Ketua Polis Negara Datuk Asmawati Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata, pertukaran itu melibatkan Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad dan Komandan Pusat Latihan Polis (Pulapol) Air Hitam, Asisten Komisioner Samsor Maarof.


Menurut kenyataan itu, arahan pertukaran Ali yang bertukar jawatan dengan Samsor berkuatkuasa hari ini. – Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]