Siswazah Unimap dikuarantin gejala ILI

in Edisi by


PERLIS – Seramai 10 siswazah Universiti Malaysia Perlis (Unimap) dikuarantin kerana mengalami gejala influenza (ILI), pada Khamis lalu.


Pengarah kesihatan negeri, Datuk Dr Zaini Hussin mengesahkan perkara itu berkata, kesemua pelajar itu adalah dari Kolej Kediaman Tun Abdul Razak di Kampus Tetap Unimap di Ulu Pauh, Arau di sini.


“Keseluruhan yang terdedah adalah seramai 221, namun 10 daripadanya pelajar dan dikesan mengalami gejala itu.


“Sampel calitan tekak telah di ambil untuk dianalisis di makmal,” katanya dalam kenyataan media.


Dr Zaini berkata, sebagai langkah pencegahan, kesemua pelajar terlibat telah hanya dikuarantin di dalam pengawasan warden.


Dalam pada itu, difahamkan, pihak Unimap sedang membuat pemantauan dan saringan kesihatan terhadap pelajar-pelajarnya.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]