Tanah runtuh di utara Thailand, tujuh maut

in Global by


BANGKOK – THAILAND. Sekurang-kurangnya tujuh terbunuh manakala seorang hilang dalam kejadian tanah runtuh di utara Thailand yang disebabkan oleh hujan lebat berterusan selama hampir dua minggu, menurut pihak berkuasa, hari ini.


Pegawai keselamatan daerah, Prasit Dussadeewong berkata, kesemua mangsa tinggal di kawasan pergunungan Bo Kluea di wilayah Nan.


“Tanah runtuh itu turut memusnahkan rumah dan jalan raya. Kami ada memberi amaran tentang ancaman tanah runtuh, namun tidak menyangka ia seteruk ini,” ujarnya.


Pada 2011, banjir besar di negara itu telah meragut lebih 900 nyawa dan gangguan utama kepada industri selain menyebabkan pertumbuhan ekonomi yang lemah. – Reuters


Source: SH Global

[featured-video-plus]