Tolak keputusan pilihan raya Pakistan

in Global by


ISLAMABAD – PAKISTAN. Beberapa parti politik menolak keputusan pilihan raya Pakistan diumumkan pada Rabu lalu, menyaksikan legenda kriket Imran Khan semakin hampir dilantik sebagai perdana menteri.


Parti Tehreek-e-Insaf (PTI) pimpinan Imran Khan itu bagaimanapun gagal memperolehi majoriti dalam pilihan raya yang didakwa dicemari penipuan.


Keputusan yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya Pakistan (ECP) itu menyaksikan PTI perlu bergabung dengan beberapa parti lain bagi membentuk kerajaan baharu.


Dalam rundingan bersama di Islamabad semalam, pesaing Imran Khan berkata mereka akan akan melancarkan protes bagi menuntut pilihan raya baru yang telus dan adil.


Pertemuan itu turut disertai Parti Liga Muslim-Nawaz (PML-N) yang sebelum ini mengumumkan bersedia untuk menjadi pembangkang.  


Terdahulu, pegawai-pegawai pilihan raya dikritik kerana gagal mengumumkan keputusan penuh pilihan raya itu selepas dua hari rakyat Pakistan membuang undi.


Sebilangan pemerhati berkata, kelewatan itu yang tidak berlaku sebelum ini, menjejaskan ketelusan proses demokrasi tersebut.


Bagaimanapun, ECP menolak dakwaan berlakunya manipulasi. Ia sebaliknya menyalahkan masalah teknikal sebagai punca keputusan pilihan raya lewat diumumkan. – BBC


Source: SH Global

[featured-video-plus]