Umie Aida beri izin suami kahwin lagi

in Hiburan by
Umie Aida

Umie Aida beri izin suami kahwin lagi


JIKA ramai wanita lain di luar sana menolak untuk bermadu, lain pula dengan pelakon Datin Seri Umie Aida yang dengan rela hati memberikan keizinan sekiranya suaminya ingin berkahwin lagi.


Bagaimanapun Umie menerusi status yang dimuat naik di laman Instagramnya itu menyatakan suaminya, Datuk Seri Kharudin Abu Hassan terkejut, malah menganggap apa yang diperkatakan itu sebagai sesuatu yang merepek.


“Pagi ni saya bangun tidur. Tiba-tiba saya cakap kat abang. Jangan buat perkara tak elok, kalau nak terus kahwin. Saya izinkan.


“Terkejut abang. Dia cakap saya merepek! Saya cakap saya tahu saya bukan isteri yang sempurna. Hmm.. entahlah kenapa dan mengapa saya boleh cakap begitu.


“Tapi YES, saya izinkan. Dan saya nak abang tahu itu. Mood gerhana bulan kot,” tulis Umie pada kapsyen yang dutulis pada sekeping fotonya ketika berada di Tanah Suci.


Meskipun tidak diketahui sebab atau punca pelakon Dukun ini menulis status sebegitu, ramai rakan-rakan dan pengikut Umie yang membaca status tersebut memberikan reaksi mereka.


Ada yang mengambil serius tentang apa yang diperkatakan itu, dan tidak kurang juga yang menganggap ia hanyalah gurauan.  


Bagaimanapun komen yang ditulis Janna Nick telah menarik perhatian para netizen.


“Boleh la bermadu. Tunggu abang, adik datang,” tulis Janna.


Apa pun, komen tersebut hanyalah gurauan Janna dan sekadar memberi respon kepada status yang ditulis Umie.


Umie dan Khairuddin mendirikan rumah tangga pada Mac 2010. Pasangan ini masih belum menimang cahaya mata, namun Umie membesarkan dua anak angkat iaitu Mohd Daniel Firdaus dan Mohd Dzulhelmy.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]