Uniknya mutiara Akoya

in Bisnes by


THE Pearl Malaysia, pelopor mutiara Akoya daripada Jepun optimis produknya mampu mendapat permintaan pasaran tempatan seterusnya menembusi peringkat antarabangsa.


Pengasasnya, Surwani Ab Kader, 31, berkata, meskipun baru beroperasi pada Mac lalu, sambutan diterima dalam kalangan pelanggan amat memberangsangkan dengan jualan bulanan telah mencapai RM60,000.


Menurutnya, bagi mengukuhkan lagi perniagaan yang dibawa beberapa strategi telah diatur termasuklah akan mempelbagaikan lagi bentuk mutiara antaranya, bentuk tear drop (titisan) dan Baroque (tidak berarutan).


“Memandangkan syarikat baru beroperasi, kita hanya pasarkan mutiara Akoya berbentuk bulat.  Bagaimanapun perancangan akan datang, kita akan pelbagaikan bentuk mutiara,” katanya pada Sinar Live baru-baru ini.


Beliau yang berpengalaman sebagai peniaga atas talian yakin, pasaran mutiara Akoya begitu meluas memandangkan wanita terutamanya menjadikan mutiara sebagai aksesori eksklusif.


“Uniknya mutiara Akoya ini berbanding mutiara lain adalah ia diimport dari Jepun, mutiara asli dari laut masin serta menawarkan warna yang pelbagai hasil setelah diternak selama dua tahun,” katanya sambil menambah terdapat lebih 20 agen The Pearl Malaysia di seluruh negara.


Tambahnya, mereka yang berminat untuk menjadi agen dan stokis amat dialu-alukan terutamanya golongan suri rumah yang ingin menjana pendapatan. “Mereka yang berminat akan diberi bimbingan dan latihan oleh pihak syarikat. Ketika ini kita dalam usaha mengembangkan lagi perniagaan dan turut mengadakan siri jelajah di seluruh negara,” katanya lagi.


 


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]