Zionis ceroboh al-Aqsa

in Global by


BAITULMAQDIS – PALESTIN. Tentera Israel bertindak biadab menceroboh masuk Masjid al-Aqsa, semalam untuk mencari remaja yang membaling batu dan mercun dalam insiden pertempuran dengan anggota mereka yang turut menyaksikan puluhan cedera akibat bom tangan dilempar pasukan keselamatan.


Jurucakap polis berkata, serbuan itu dibuat selepas suspek dipercayai bersembunyi di sekitar masjid ketiga paling suci orang Islam itu.


Sementara itu, saksi memaklumkan kira-kira 20 pemuda Palestin diberkas tidak lama kemudian.


“Tiada insiden keganasan berlaku dan jemaah lelaki dibenarkan keluar selepas serbuan tersebut,” katanya lagi.


Di Gaza, pasukan perubatan memberitahu seorang lelaki dan remaja 14 tahun maut manakala puluhan lagi cedera dalam protes terbaharu di wilayah tersebut, sekali gus menjadikan angka korban dalam bantahan dilancarkan sejak 30 Mac lalu kini mencecah 154 orang. – Agensi


Source: SH Global

[featured-video-plus]