10 keluarga terima sumbangan LZNK

in Edisi by


SIK – Sebanyak 10 keluarga dari Kampung Baru Nami menerima sumbangan tunai dan barangan makanan daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) cawangan Sik, baru-baru ini.


Pegawai LZNK Sik, Mohd Khairul Nizam Abd Aziz berkata, program bantuan itu dibuat dengan kerjasama jawatankuasa Masjid Al Ahmadiah Kampung Baru Nami, syarikat korporat serta agensi kerajaan dan berkanun.


“Antara syarikat dan agensi  terlibat dalam program ini ialah Environment Idaman Sdn Bhd, Keda Agrobiz Sdn Bhd, Pertubuhan Peladang Kawasan Sik, Maker Recipe Sdn Bhd (Kilang Cap O) , Syarikat Ayam Bismi, Syarikat Adabi dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.


Beliau berkata, LZNK mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua pihak terlibat.


Beliau berkata, masyarakat yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kemiskinan diharap dapat salurkan info tersebut kepada LZNK.


“Setiap maklumat itu juga boleh disalurkan kepada penolong amil yang terdiri daripada ahli jawatankuasa dan pegawai di setiap masjid,” katanya.


Turut hadir, Pegawai Eksekutif LZNK, Syeikh Zakaria Othman.  


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]