Ada pihak pinggir Anwar, Wan Azizah?

in Politik by


AMPANG – Calon Naib Presiden PKR, S Kesavan mendakwa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah seakan dipinggirkan pihak tertentu dalam parti.


Menurutnya, perkara sebegitu tidak seharusnya berlaku kerana Anwar dan Wan Azizah merupakan individu penting yang menaikkan PKR sehingga berjaya memenangi PRU14.


Tegas Ahli Parlimen Sungai Siput ini, parti yang ditubuhkan pejuang reformasi pada 20 tahun lepas itu perlu dikembalikan ke landasan yang betul.


“Caranya kita angkat Datuk Seri Anwar menjadi Presiden dan angkat beliau menjadi Perdana Menteri. Kita juga perlu angkat Rafizi Ramli menjadi Timbalan Presiden.


“Kita kena pastikan PKR beri keadilan kepada semua kaum. Tiada cara lain selain angkat pemimpin yang sealiran dengan Anwar Ibrahim,” katanya ketika berucap semasa menghadiri kempen Rafizi di sebuah hotel, di sini, hari ini.


Tambahnya, beliau memberi sokongan penuh kepada bekas Ahli Parlimen Pandan itu kerana merasakan beliau banyak berkorban untuk parti dan negara.


“Rafizi dah korbankan segalanya. Beliau bakar diri bagaikan lilin semata-mata nak pastikan parti ini sentiasa berada di landasan betul.


“Rafizi bukan kejar kedudukan, jawatan, kekayaan tapi beliau mahu pastikan agenda reformasi terus dinyalakan,” ujarnya.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]