Ahli Pas boleh sokong BN tapi PKR ada kelebihan

in Politik by


KOTA RAJA – Presiden PKR,  Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan calon parti itu, Mohd Zawawi Ahmad Munghni mempunyai potensi tersendiri bagi menarik pengundi dalam PRK Dun Sungai Kandis 4 Ogos depan.


Menurut beliau, Mohd Zawawi mempunyai kelebihan untuk mengekalkan kemenangan di kerusi itu dan PKR juga turut tidak tergugat dengan kenyataan pemimpin Pas sebelum ini.


“Ahli Pas berhak untuk memberi sokongan kepada mana-mana pihak namun Mohd Zawawi turut mempunyai potensi tersendiri dan mampu menarik minat pengundi.


[ARTIKEL BERKAITAN: Mohd Zawawi yakin pertahan kerusi Sungai Kandis]


“Dan itu sudah semestinya memberi kita kelebihan untuk mengekalkan kemenangan di kerusi Dun ini pada hari pengundian nanti,” katanya ketika sidang media selepas Majlis Hi Tea di Bilik Gerakan Utama PKR hari ini.


Sebelum ini, Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan menerusi ceramahnya mengeluarkan kenyataan terbuka dengan menyeru ahli parti itu supaya memilih calon BN, Datuk Lokman Noor Adam dalam PRK Sungai Kandis kerana gabungan itu tidak mengamalkan dasar pemerintahan Islam.


Dalam perkembangan lain, Wan Azizah turut menggesa agar pengundi yang berdaftar dapat keluar awal bagi menunaikan kewajipan mereka pada Sabtu depan bagi memilih calon wakil rakyat mereka pada PRK kali ini.


“Saya faham kita baru selesai lalui PRU14 namun PRK ini penting untuk kita sama-sama jalankan tanggungjawab sebagai pengundi.


“Malah pengundi tak perlu risau kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membuat beberapa penambahbaikan pada kali ini,” katanya.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]