Aminuddin sah tanding Ketua Cabang Tampin

in Edisi by


SEREMBAN – Pengerusi PKR Negeri Sembilan Aminuddin Harun mengesahkan bertanding jawatan Ketua Cabang Tampin pada pemilihan parti September ini.


Ia disahkan setiausaha politiknya yang menyatakan bahawa borang pencalonan Aminuddin yang juga menteri besar telah diserahkan wakilnya di Pejabat Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan, di sini, hari ini.


Dengan pengumuman itu, Pengerusi Pakatan Harapan negeri itu bakal berdepan Kapten (B) Zulkapli Kassim selaku penyandang jawatan berkenaan.


Sebelum ini, Aminuddin memegang jawatan Naib Ketua Cabang Seremban sejak 2007. – Bernama


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]