APMM bantu bot pemancing rosak

in Edisi by


KUANTAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah memberi bantuan kepada tiga pemancing yang menaki sebuah bot fiber, di 11 batu nautika barat Pulau Tioman, di sini, semalam.


Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Pahang, Kapten Maritim V Pannir Selvan berkata Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang telah menerima panggilan MERS 999 lebih kurang pukul 10 pagi memaklumkan bot yang dinaiki pemancing mengalami kerosakan enjin.


Menurutnya, mangsa Ismail Mansor, 58, Harun Hasan, 38, dan seorang lagi pemancing dikatakan keluar ke laut pada jam 7.30 pagi untuk memancing namun kira- kira jam 9.00 pagi bot yang dinaiki telah mengalami kerosakan enjin


“Mereka cuba untuk membaiki bot mereka namun tetap tidak berfungsi. Kita telah menerima aduan tersebut sebuah aset APMM telah diarahkan ke lokasi kejadian untuk memberi bantuan sewajarnya.


“Bot tersebut telah berjaya ditemui kira-kira jam 2 petang dan kesemua mangsa yang beralamat di Kampung Serum Dalam, Nenasi, di sini dalam keadaan selamat


“Bot yang mengalami kerosakan telah ditunda dan selamat tiba di jeti Tanjung Penyabong kira-kira jam 6 petang.


Tambahnya, pihaknya sentiasa bersedia untuk memberi bantuan tidak mengira waktu sama ada siang atau malam sekiranya ada berlaku kes-kes kecemasan.


“Orang ramai boleh menghubungi terus Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang yang beroperasi 24 jam di talian 09-5717345 atau melalui MERS 999,”katanya.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]