Gempa kuat gegar Lombok, tiga terkorban

in Global by


JAKARTA – INDONESIA. Sekurang-kurangnya tiga maut apabila gempa berkekuatan 6.4 skala Richter menggegar destinasi pelancongan popular Lombok yang terletak kira-kira 100 kilometer di timur Pulau Bali di Indonesia, awal pagi tadi dan memusnahkan banyak struktur.


Pusat Pemerhati Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan gempa pada kedalaman 7 kilometer (km) itu berlaku pada jam 6.47 pagi (waktu tempatan).


Insiden itu turut disusuli gempa susulan berkekuatan 5.4 skala Richter di kawasan sama di timur Indonesia, berpusat di bahagian utara pulau itu, 49.5 km di timur laut bandar Mataram.


Ia bagaimanapun tidak mencetuskan gelombang di laut atau tsunami.


Sementara itu, Agensi Geofizik dan Meteorologi Indonesia merekodkan 11 gempa susulan selepas gegaran pertama tersebut.


Difahamkan, kebanyakan penduduk sedang nyenyak tidur ketika gempa pertama berlaku. – Agensi


Source: SH Global

[featured-video-plus]