Jelajah AmAssurance Fasa 2 sedang berlangsung

in Bisnes by


AmBank (M) Bhd (AmBank) telah melancarkan fasa kedua ‘AmAssurance On Tour’ pada 20 Julai baru-baru ini.


Program kempen jelajah yang akan berlangsung sehingga 31 Oktober ini dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran jenama AmGeneral dan pengetahuan umum produk insurans yang ditawarkan.


Sebuah trak khas akan ditempatkan di hadapan 80 cawangan AmBank terpilih di Semenanjung Malaysia, sedari jam 9 pagi hingga 5 petang setiap hari sepanjang tempoh kempen.


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ambank, Datuk Sulaiman Mohd Tahir menjangkakan peningkatan pelanggan berikutan inisiatif yang menawarkan keperluan insurans am dan perlindungan peribadi terbaharu.


“AmBank menyasarkan premium kasar RM2 juta, dengan minimum RM25,000 dari setiap cawangan trak yang ditempatkan,” katanya.


Tawaran produk ‘AmAssurance On Tour’ termasuk program komprehensif auto premier 365 dengan manfaat dipertingkatkan, AmDrive Plus dan AmPro PA Plus.


“Fasa pertama program jelajah dari 12 Februari hingga 15 Mac tahun ini berjaya mencatatkan jualan bernilai RM5.5 juta, melepasi set sasaran RM4.2 juta,” katanya.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]