Lawatan ke Singapura untuk perkenal dasar negara

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Memperkenalkan dasar dan keutamaan kerajaan Malaysia yang baharu kepada Singapura merupakan antara agenda lawatan rasmi dua hari Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah ke republik itu bermula esok.


Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini berkata lawatan rasmi pertama Saifuddin ke Singapura itu bagi memenuhi undangan rakan sejawatannya Vivian Balakrishnan.


“Lawatan ini merupakan sebahagian daripada siri lawatan pengenalan beliau selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Luar yang baharu pada 2 Julai lalu.


Saifuddin akan diiringi oleh pegawai-pegawai kementerian berkenaan,  kata kenyataan itu.


Beliau akan membincangkan dengan Vivian isu-isu dua hala Malaysia-Singapura serta prospek bagi mengukuhkan lagi kerjasama untuk kepentingan bersama.


Semasa lawatan itu, Saifuddin juga akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Singapura Halimah Yacob, Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean.- Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]