Pemimpin redah hutan, tinjau kawasan kuari

in Edisi by


BALING – Kesanggupan Adun Bayu dan Exco Alam Sekitar meredah hutan dan gua di Gunung Pulai lebih tiga kilometer hari ini dipuji penduduk.


Kedua-dua pemimpin daripada Pas dan Pakatan Harapan (PH) itu turun padang bagi melihat sendiri keadaan sekitar gunung yang bakal dijadikan kawasan operasi kuari batu.


Projek itu diluluskan BN pada tahun 1996 dan cuba dilaksanakan tahun ini.


Penduduk, Roslan Ibrahim, 43, berkata, ini kali pertama Adun, Abd Nasir Idris dan Exco, Simon Ooi Tze Min bersama penduduk dan tidak pernah dilakukan pemimpin kerajaan sebelum ini.


“Sebelum ini mana ada macam ni, tapi pemimpin kali ini datang turun padang untuk lihat sendiri masalah penduduk. Mereka prihatin.


“Hari ini kedua-dua pemimpin ini sanggup masuk empat gua di sekitar ini selain meninjau beberapa lagi kawasan di sekitar ini sejauh lebih 3 kilometer,”katanya kepada Sinar Harian hari ini.


Katanya, Adun Kupang, Briged Jeneral ( B), Datuk Najmi Ahmad yang turut hadirĀ  turut menyatakan sokongan padu kepada rakyat.


“Beliau turut berjalan 1 kilometer tetapi tidak dapat teruskan perjalanan kerana masalah kesihatan,”katanya.


Penduduk, Azizul Abdul Halim,27, berkata, pemimpin Pas dan PH menunjukkan semangat bersama rakyat.


“Kami nampak pemimpin kali ini mengambil berat tentang isu kuari. Kerajaan negeri diharap batal projek ini untuk selamanya, bukan tahun ini saja.


“Kerajaan akan datang pun kami tak kan bagi sentuh langsung gunung ini,”katanya.


Turut hadir dalam tinjauan hari ini ialah Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam ( Peka), dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]