Sudut populariti, mungkin jauhlah nak menang:Aeril Zafrel

in Hiburan by
Aeril Zafrel

Sudut populariti, mungkin jauhlah nak menang:Aeril Zafrel


PELAKON Aeril Zafrel tidak dapat menyembunyikan rasa terharunya apabila pertama kali berjaya menggenggam anugerah yang mengiktiraf bakatnya dalam dunia lakonan.


Anugerah Telenovela 2018 yang berlangsung di Plenary Hall, Kuala Lumpur Konvensyen Centre (KLCC) pada Sabtu telah menyaksikan Aeril diangkat sebagai Pelakon Lelaki Telenovela Terbaik.


Menurut Aeril, sebelum ini namanya  hanya tersenarai di peringkat pencalonan sahaja, dan tidak pernah memenangi sebarang anugerah.


Namun menerusi kelainan karakter yang dibawakan menerusi drama Mandatori yang juga merupakan karya adaptasi daripada novel tulisan Ramlee Awang, terbitan Alaf 21 (Grup Buku Karangkraf), tuah menyebelahi Aeril.


“Alhamdulillah setelah bertahun-tahun dalam industri, dapat juga memegang anugerah yang mengiktiraf lakonan saya.


“Sebelum asyik tercalon saja, untuk menang tu jauh sekali. Tapi kali ini diizinkan Tuhan untuk saya memenangi anugerah ni.


“Saya rasa mungkin menerusi kelainan karakter saya dalam telenovela Mandatori ini membuatkan juri nampak sesuatu yang mereka fikir perlu diangkat,” ujarnya kepada Sinar Online sebaik sahaja majlis Anugerah Telenovela 2018 melabuhkan tirai.


Tambah Aeril, biarpun kemenangan ini di luar jangkaannya, namun melihat kepada kualiti karya yang ditampilkan dalam Mandatori, dia yakin Mandatori akan dinilai dengan sebaiknya.


“Kalau nak diukur dari sudut populariti, mungkin jauhlah kami nak menang. Namun apabila penilaiannya dari pihak juri, kami dapat merasai peluang itu ada.


“Alhamdulillah pada malam ini team Mandatori diangkat dan diiktiraf menerusi beberapa kategori yang membuatkan kami semua merasa bangga dan berbaloi dengan segala usaha yang dicurahkan untuk merealisasikan karya ini,” kata Aeril yang bakal muncul degan drama terbaharu, Jibril tidak lama lagi.

 


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]